Saturday, August 14, 2010

Rahmat Ramadhan



Ramadhan kali ini penuh bermakna..dugaan besar menguji keluarga Hj Meor Nazari..Tanggal 2 Ramadhan 1431H (12 Ogos 2010/Khamis@ 3.32 pm) Pn Nor Ashikin (Mak Ngah) mengalami 'turun darah' kandungan minggu 30. Mak Ngah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan menaiki ambulan yang sama standard macam yang terdapat di Somalia, lebih teruk dari yang terdapat di Gaza. Ambulan hampir 'reput' tu tanpa siren dan signal kecemasan..sedangkan laluan agak sibuk (5.00 ptg) orang tengah keluar pejabat...tu lah kesannya apabila Rakyat Didahulukan dalam menerima kesusahan dan Pencapaian poket kroni diutamakan. Jutaan ringgit diberikan setiap tahun untuk satu hospital kepada Syarikat Faber Mediserve milik kroni (anak Tun - Bekas PM dulu) termasuklah menyelenggara ambulan..tapi apa hasilnya.

Namun kekecewaan sedikit terubat apabila Mak Ngah & Pak Ngah diberikan layanan ala2 VIP ketika di HRPB Ipoh..Mungkin kami staff hospital ( terdengar suara dari seorang pegawai Labour Room memanggil seorang doktor " Doctor! Suite Number 4..her husband coming..he is our staff) cepat2 sorang doktor cina wellcome pak ngah dan explain situasi Mak Ngah..

Pada masa tu keadaan Mak Ngah stabil, namun baby (QZ) belum cukup matang untuk dikeluarkan. Satu suntikan diberikan untuk mematangkan paru2 baby. satu lagi suntikan akan diberikan pukul 4 pagi untuk tujuan yg sama.. kesian QZ masih dalam perut telah disumbat bahan kimia..itulah kesannya apabila teknologi perubatan dikuasai oleh orientalis barat. semuanya bergantung pada bahan sintetik..Pak Ngah serba salah bukan tak yakin dengan kuasa Allah tapi dengan ilmu yang cetek tak mampu nak menghalang perkara ini terjadi.."Maafkan Abah" baby...



setakat catatan ini dibuat nak masuk malam ke3 mak ngah di hospital. Tentu dia sedih sebab selalunya Pak Ngah yang tinggalkan dia lama2. Pada petang kejadian juga Pak Ngah berbuka puasa di Masjid Muhibbudin Shah-Masjid Hospital. hujan turun denga selebat2nya beserta petir. Basah kuyup Pak Ngah dalam khemah menunggu waktu berbuka bersama jemaah lain. Terasa kerdilnya diri ini dengan ujian Allah yang Maha Besar. Makan ala kadar shj.

Hari jumaat bersama2 Zarif dan Zafran kami berbuka di masjid yang sama..

Hari Sabtu Atuk, Opah dan Ayah Cu suami isteri datang melawat Mak Ngah. Zafran merajuk kerana ABU (Anak Bawah Umur) tak dibenarkan masuk..

No comments:

Post a Comment