Blog ini disediakan bagi memenuhi salah satu objektif penubuhan Koperasi Keluarga Tn Hj Meor Nazari b Hj Meor Shamsudin. Bersesuaian dengan perkembangan semasa sebagai jalan penghubung diantara ahli koperasi (ahli keluarga) melalui jaringan maya. Blog ini juga akan menjadi perbendaharaan maklumat dan data-data keluarga sebagai rujukan generasi akan datang. Blog ini untuk sementara menggunakan nama Qistina Zulaikha (keadilan kecantikan); secara kebetulan ketika blog ini mula direka nama QZ menjadi pencetus ilham pereka blog ( Mohamad Zamri b Mohd Zin-Pak Ngah). Kalau mendapat persetujuan semua blog yang lebih indah dengan nama yang lebih sesuai akan digunapakai nanti..Insya Allah.
Koperasi Keluarga Hj Meor Nazari ini dicadang penubuhannya oleh En. Ismail Ibrahim, menantu sulung Hj Meor Nazari. Setelah mendapat persetujuan semua anak menantu, mesyuarat pertama telah diadakan. En. Ismail sendiri telah dipilih menjadi Pengerusi, Puan Nor Ashikin S/U dan Puan Mazidah Bendahari. Antara komitmen awal Koperasi adalah menetapkan bayaran yuran keahlian RM 10 sebulan setiap ahli. Tugasan paling mencabar dilakukan adalah pengurusan Majlis Walimatul Urus En Meor Nurul Nizam.
No comments:
Post a Comment