Apa nak disedihkan...Mak Ngah sedang melalui ujian dalam madrasah Ramadhan untuk meningkatkan martabat keimanan, untuk diampunkan dosa dan kesalahan dan untuk diberi anugerah yang cukup berharga.."Maka tetakanlah keyakinanmu bahawa setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan"..surah Al Insyirah ayat 5. Bayangkan setiap perkara sunat dilakukan pada bulan ini ganjarannya menyamai amalan fardhu bulan yang lain, amalan fardhu pula digandakan 70 kali ganda. wanita yang menanggung kesengsaraan mengandungkan anak sangat besar ganjarannya disisi Allah apatah lagi pada bulan penuh barakah ini. Allah beri peluang Mak Ngah memperhebatkan kepada amalan2 sunat seperti membaca AlQuran, sembahyang2 Dhuha, Hajat dan Tahajjud serta berzikir dengan tenang tanpa gangguan kerja dan urusan rumahtangga. Gandaan ganjaran akan terus meningkat apabila amalan ini dilakukan pada Lailatul Qadar yang menyamai 1000 bula (83 tahun)..hanya perlu bersabar lebih kurang 2 bulan sahaja InsyaAllah semua itu akan menjadi milik Mak Ngah dan siapa sahaja yang berjaya melalui ujian ini...Itulah janji Allah..Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji..
No comments:
Post a Comment