Alhamdulillah setelah 2 bulan lebih tidak berjumpa akhirnya semua ahli keluarga Tuan Hj Meor Nazari berkumpul semula pada 12 Jun 2010. Kali terakhir pada 20 Mac 2010 sempena kenduri Nizam & Ros yang penuh meriah dan nostalgia.
Terasa benar masa cepat berlalu apabila melihat perkembangan anak2 saudara dan anak sendiri dah semakin meningkat remaja. Dulu time makan jenuh kena panggil suruh makan, masing2 buat tak tahu aje..seronok lagi main. Kalu makan pun ambil sikit2 lauk, itu pun pilih2. Tapi sekarang semua lauk dia orang makan. Nasi dah tak cukup seperiuk. Ayam mungkin perlu 2 ekor. Nur Izah Aiman cucu sulong keluarga ini dan Nurhusnina dah tak boleh bersalam dengan Pak Ngah lagi. Zarif dan Hadif suara mereka sama garau macam bapa saudara masing2. Hanis Suraya dan Afiq Zafran masih keanak-anakan...tak de sepupu yng seangkatan dengan mereka. Zaman mereka berdua ni zaman 'tenang' dalam keluarga masa balik ramai2. Tak kan dilupakan si Afina..terasa rindu nak cubit pipi gebu dia. Mohon YA ALLAH peliharalah anak cute ini agar dia menjadi hambaMu yang terpelihara keimanannya dan yg sangat kami harapkan agar suatu hari nanti di juga bersama dengan keluarga kami ini..Amin Ya Rabbal Alamin..
Zaman 'kekecohan' terasa semula dengan kehadiran Zaydan dan Akil ( tapi tak sehebat zaman Zarif dan Hadif ) hari2 perang saudara sampai pening kepala Atuk dan Opah. Mak bapak masing2 lagi pening sampai sakit gigi tahan nak marah (marah anak depan mertua nampak tak sopan).
Walaupun Zaydan dan Akil boleh tahan 'hero' mereka, namun nak handle situasi mereka agak mudah....mungkin pengalaman lalu banyak mengajar kita..(Thanks Zarif, Hadif dan Nina)...mungkin mereka (Zaydan dan Akil) dah ada abg dan kakak yg besar2, so bebanan tugas ibu bapa diagihkan kpd mereka..atau mungkin si comel Farhan muncul melupakan kenakalan abg2 dia yg berdua tu...
Nmun apa yg ditunggu kini harap lebih menceriakan keluarga indah ini...tumpuan pastinya pada Mak Ngah yang semakin ranum dan Mak Cu yang semakin menguntum...apakah Abd Aziz atau Yusof atau Iskandar Zulkarnain bakal berpasangan dengan Farhan untuk aksi smack down. Bagi Ayah Cu itulah harapan dia, bagi Mak Cu mungkin tak kisah apa saja jantinanya tapi bagi Zafran dan yang sewaktu dengannya menanti-nantikan kedatangan...QISTINA ZULAIKHA... namun apa saja pilihan Allah itulah yang terbaik buat kita..
Pak Ngah..15 Jun 2010 (5.10pm)
No comments:
Post a Comment