Saturday, October 2, 2010

KELAHIRAN YANG DINANTI








30 SEPTEMBER 2010
21 SYAWAL 1431 H
9.05 PAGI
DEWAN BEDAH HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Nur Qistina Zulaikha bt Mohamad Zamri

...........fakta di atas menceritakan segala-galanya..detik yang sangat dinantikan Kelahiran Serikandi Yang Dinanti Qistina Zulaikha. Alhamdulillah setelah segala doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi termasuk ketika bertaqarrub di hadapan Baitillah hil Haram, akhirnya kami dianugerahkan seorang bayi perempuan..yang penting agar dia menjadi hamba Allah yang bersih jiwanya, tinggi keilmuannya dan kuat ketaqwaannya sehingga mampu tergolong dalam golongan Ilmuan Amilin yang bakal menjadi rujukan segenap penjuru alam..itulah harapan ibu yang melahirkan setelah bertarung dengan dugaan selama 52 hari menjadi penghuni wad bersalin HRPB Ipoh.

Berkebetulan atau mungkin petanda indah dari Allah; tanggal 30 September bertepatan dengan kelahiran Ulama terkemuka negeri Perak, Tuan Guru Datuk Hj Abdul Latif b Abdul Rahman (Pak Teh), Pengasas Pondok Latiffiah Diniah, Pengkalan Hulu, Perak yang lahir pada 30/9/1938 dan kembali ke rahmatullah juga pada 30 September 2010. Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak ini sangat tinggi ilmunya merupakan khazanah ilmu yang sangat berharga di negeri ini. Itulah harapan moga2 pemergian beliau akan diganti dengan insan yang lahir pada tarikh yang sama dengan kelahiran dan kematian beliau. Lebih indah tarikh 30 + 9 adalah bersamaan dengan usia bonda Qistina iaitu 39 tahun semasa melahirkannya.


Terima kasih atas bantuan semua pihak khususnya anggota HRPB yang bertugas di wad bersalin 1st Maternity dengan penuh bertanggungjawab, mesra dan cekap, restu dari Ayahanda & Bonda2 tersayang, sokongan dari saudara mara dan rakan taulan yang tak jemu2 datang berziarah, pengorbanan dari anak2 tersayang yang mengorbankan saat berkasih sayang sepanjang Ramadhan & Syawal; bersahur seadanya tanpa menikmati masakan ibu tercinta, berbuka di mana sahaja yang sempat termasuk di kedai mamak, menikmati kegembiraan di pagi syawal di hospital, terpaksa dalam gembira ponteng persekolahan, malah meninggalkan tilam empuk demi menemani bonda tercinta merasai sama ujian yang dihadapi...